SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia ketika menikmati hidangan makan malam bersama rakan-rakan di sebuah restoran di pusat komersil di Jalan Salim, malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai Chin bekerja sebagai juruteknik membaiki lif di sini berasal dari Bintawa Kuching dan masih bujang.
Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, mangsa bersama beberapa orang rakan telah mengadakan pertemuan dengan seorang rakan mereka yang baharu pulang dari Kuala Lumpur di situ.
Difahamkan, Chin yang sangat ceria sebelum itu, tiba-tiba sesak nafas dan jatuh ke atas lantai. Rakan-rakan mangsa cuba membantu mangsa yang sudah tidak sedarkan diri namun usaha mereka menemui jalan buntu.
Paramedik yang tiba dengan menaiki ambulans tiba beberapa minit selepas dihubungi. Chin disahkan meninggalkan oleh paramedik yang kemudiannya membawa mayat mangsa ke Hospital Sibu.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut - Utusan Borneo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan