Selasa, 12 Mac 2013

Cedera Di Lengan, Perut Bertarung Dengan Peragut

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang remaja berusia 19 tahun mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan perut setelah bertarung dengan dua peragut di Jalan Borneo, dekat sini.

Mangsa yang merupakan seorang jurujual dalam perjalanan balik ke rumah ketika insiden jam 11 malam Ahad itu berlaku.

Selepas membuat laporan polis, mangsa memberitahu pemberita bahawa dia hampir tiba di kuarters pekerja apabila dua suspek menghampirnya dengan bersenjatakan objek tajam.

Mangsa mempercayai suspek-suspek tersebut sememangnya menantinya dan dia muncul pada waktu yang salah.

Katanya salah seorang daripada suspek mengacukan objek tajam itu pada bahagian perutnya manakala seorang lagi mengacukannya pada tangannya, mengarahkan dia menyerahkan wang tunai dan barang-barang miliknya.

Mangsa yang cuba mempertahankan diri kemudiannya mengalami kesan luka di bahagian lengan dan perut. Polis sedang menyiasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan