Selasa, 12 Mac 2013

Lelaki Asing Dipenjara Enam Bulan


MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini petang semalam kerana kesalahan masuk ke negeri ini secara haram.

Naning, 37, dari Bohe Tambis, Basilan, Filipina telah mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditangkap pada jam 12.05 tengah malam, 26 Februari lalu di Lot 7969, Taman Permai, Bandar Baru Permyjaya di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang berasal dari Filipina tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah yang membenarkan dia memasuki dan tinggal di negeri ini.

Mahkamah memerintahkan hukukman penjara enam bulan ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan