Isnin, 11 Mac 2013

Gadis Diugut Lelaki Menerusi Facebook


SIBU: Seorang gadis berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis setelah mendakwa dirinya diugut seorang lelaki yang dikenalinya menerusi Facebook, yang mengugut akan mendedahkan gambar bogelnya sekiranya permintaannya ditolak.

Gadis tersebut dari Kemuyang dikatakan mula berkenalan dengan lelaki itu menerusi laman sosial sejak hujung tahun lalu dan mereka juga saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit.

Mangsa memberitahu pihak polis bahawa suspek dikatakan memaksa mangsa untuk menghantar 63 keping gambar bogelnya walaupun pada mulanya mangsa menolak untuk berbuat demikian.

Suspek yang dipercayai dari Kuala Lumpur itu kemudian bertindak mengugut mangsa untuk mengisi semula kredit telefonnya bernilai RM10 pada bulan lalu dan suspek akan membuang sekeping gambar dengan setiap kali mengisi semula kredit.

Suspek turut mengarahkan mangsa membayar RM1,000 pada awal Mac lalu dan mengugut akan mendedahkan gambar bogelnya sekiranya permintaannya ditolak.

Mangsa kemudian telah bertindak mendepositkan wang berjumlah RM300 ke akaun suspek pada 3 Mac lalu dan kemudian membuat laporan polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan