Sabtu, 9 Mac 2013

Suami Tembak Isteri Selepas Bertengkar

Kawasan luar rumah pasangan Sui Moi dan suspek di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seorang suami dipercayai menembak mati isterinya selepas pasangan tersebut bertengkar di dalam rumah mereka di Jalan Anggerik 17, Taman Johor Jaya di sini kelmarin.

Mangsa, Then Sui Moi (gambar kecil), 40, yang merupakan warga Indonesia mati akibat cedera terkena satu das tembakan di dada kirinya pada pukul 10.45 pagi.

Seorang jiran pasangan tersebut yang enggan dikenali mendakwa, sebelum kejadian itu, dia terdengar mereka bertengkar di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, selang beberapa minit kemudian dia terdengar bunyi tembakan.

“Pada ketika itu, saya memang tak syak apa-apa dan menganggap tembakan tersebut dilepaskan anggota berkuasa dalam operasi menembak burung gagak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan suspek yang berusia lewat 40-an terus melarikan diri selepas kejadian itu dengan sebuah kenderaan berwarna gelap yang diletakkan berdekatan kediaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan