Selasa, 24 Julai 2012

Empat Lelaki Didakwa Atas Kesalahan Judi

MIRI: Empat lelaki masing-masing didenda RM500 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret pagi semalam kerana kesalahan bermain judi haram di tempat awam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbangkan kesemua aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentingan awam.

Lim Soon Chai, Jackson Bala, Andreas Bala dan Jimmy Tan Siang Ming telah didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bertindak atas maklumat diterima, pada jam 8.45 malam, 21 Julai lalu, sepasukan polis diketuai Inspektor Koay Kok Ping telah membuat serbuan cegah perjudian ke sebuah pondok kecil di luar pagar di Stesen Bas Pujut di sini.

Dalam serbuan itu, polis menahan kesemua tertuduh yang sedang bermain judi haram jenis holo di tempat awam - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan