Selasa, 24 Julai 2012

Kereta Diceroboh, Dua Remaja Kerugian Ratusan Ringgit

KUCHING: Dua remaja mengalami kerugian ratusan ringgit selepas kereta mereka dipecah masuk di Taman Budaya, petang kelmarin.

Insiden itu disedari pada jam 5.20 petang selepas kedua-dua mangsa selesai bersenam. Antara barang yang dilaporkan hilang adalah dua unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM130 dan beberapa dokumen peribadi.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Kes itu dalam siasatan.

Sementara itu, Perodua Kelisa milik pekerja Kuching Sentral didapati hilang pada jam 10 malam, Ahad lepas. Menurut wanita berusia 21 tahun itu, keretanya yang bernombor QKW6534 disedari hilang selepas tamat syif kerja.

Laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan