Selasa, 24 Julai 2012

Kemalangan Bongkar Makmal Dadah

Md. Azmi (kiri) dan Inspektor Mohd. Fazrul Izhar Asli menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas 

MELAKA – Kemalangan yang menimpa seorang lelaki di kawasan Alor Gajah di sini rupa-rupanya menjadi petunjuk bagi polis apabila dapat membongkar kegiatan memproses dadah di sebuah rumah teres satu tingkat di Semabok di sini Rabu lalu.

Pembongkaran bermula apabila polis menemui syabu seberat 500 gram bernilai RM201,758 di dalam beg sandang yang dibawa oleh lelaki berusia 36 tahun tersebut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada pukul 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md. Azmi Othman berkata, pihaknya curiga apabila lelaki itu beriya-iya mahu menyelamatkan beg sandangnya sedangkan ketika itu dia sedang dalam kesakitan.

Katanya, polis kemudian telah memeriksa kandungan beg yang dibawa bersama lelaki itu ketika dia dirawat di Hospital Alor Gajah sebelum menemui dadah tersebut, komputer riba dan telefon bimbit.

“Ketika suspek dipindahkan ke Hospital Melaka empat jam kemudian, dia telah dilawati oleh kekasihnya yang berusia 30 tahun dan ketika itulah kita membuat tangkapan - Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan