Selasa, 24 Julai 2012

Wanita Cuba Cederakan Ibunya Diberkas

KUCHING: Polis memberkas seorang wanita yang dipercayai cuba mencederakan ibunya di Hospital Umum Sarawak (HUS), petang semalam.

Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu dikatakan cuba mencederakan ibunya yang merupakan pesakit di HUS, dengan menggunakan sebilah pisau.

Insiden pada kira-kira jam 2 petang itu disedari oleh doktor yang kebetulan sedang membuat tinjauan dan pemeriksaan kesihatan pesakit.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu yang tidak diketahui puncanya berjaya dihalang oleh doktor. Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis yang bertugas di HUS.

Polis peronda kemudiannya tiba di HUS sekitar jam 2.43 petang untuk membawa wanita itu ke balai untuk soal siasat - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan