Isnin, 4 Mac 2013

Kerajaan Tidak Sembunyi Maklumat Insiden Pencerobohan

Datuk Seri Najib Tun Razak

KANGAR: Kerajaan tidak pernah cuba menyembun­yikan sebarang maklumat berkaitan insiden pencerobo­han bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran di Sabah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata kerajaan mengambil sedikit masa un­tuk mendapatkan maklumat lengkap tentang perkemban­gan sesuatu kejadian di negeri itu sebelum menyalurkannya kepada umum.

“Bukan nak tutup dan tak nak beritahu rakyat. Kita kena beritahu gambaran tepat dan jelas. Kita tak nak beri maklumat terburu-buru.

“Takut nanti kita dis­alahkan dan dituduh cuba menakut-nakutkan rakyat Kita tunggu gambaran sebe­nar. Saya dah arahkan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera buat ken­yataan (bila ada maklumat),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini, semalam.

Najib berkata beliau per­caya rakyat faham dan yakin, kerajaan berada pada pihak yang benar.

“Kita yang selama ini men­jaga kedaulatan, keamanan dan ketenteraman di Sabah dan negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai ke­jadian puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terli­bat dalam serangan hendap yang mengorbankan seorang pegawai dan empat anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam kelmarin, Najib berkata kejadian itu menunjukkan kemarahan rakyat kepada kumpulan penceroboh itu.

“Mereka bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang kampung yang dijadikan tebusan. Mereka tunjukkan keberanian luar biasa. Orang kampung tak setuju dan bertindak tanpa takut akan nyawa mereka,” katanya. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan