Selasa, 12 Mac 2013

Mayat Pengganas Sulu Dihantar Ke Hospital

Mayat salah seorang pengganas yang dikenali sebagai komander Musa

LAHAD DATU: Seramai 16 mayat pengganas Sulu yang terbunuh termasuk seorang perpangkat jeneral yang dikenali komander Musa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu kelmarin.

Ketua Forensik Op Daulat, Asisten Supritendan Hussien Omar Khan, berkata sebanyak 16 mayat pengganas Sulu terbabit yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu telah dibawa keluar melalui jalan darat pada Ahad.

“Mayat yang mula reput itu dibawa ke Hospital Lahad Datu dan proses bedah siasat sedang dan akan dibuat oleh pakar Patologi yang diketuai oleh Dr Zahari daripada Hospital Pulau Pinang.

“Terdapat juga saki-baki mayat pengganas Sulu yang terbunuh di Kampung yang sama masih belum dapat dikeluarkan setakat ini,” katanya ditemui di Hospital Lahad Datu di sini, kelmarin.

Sebelum ini, komander Musa yang mengetuai pasukan pengganas Tentera Diraja Sulu itu telah melarikan diri dari Kampung Tanduo sebelum memasuki Kampung Tanjung Batu.

Susulan daripada Ops Daulat yang dilaksanakan, berlaku pertempuran antara pasukan pengganas berkenaan di Kampung Tanjung Batu yang menyaksikan 31 pengganas Sulu terbunuh dan seorang daripadanya berpangkat jeneral.

Hussein berkata kesemua mayat pengganas berkenaan akan disimpan dan ditempatkan di bilik mayat sementara di Hospital Lahad Datu untuk siasatan polis.

Katanya, pada masa ini terdapat lima lagi mayat pengganas Sulu yang terbunuh di Kampung Sri Jaya Simunul pada Sabtu lalu turut ditempatkan di Hospital Tawau. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan