Selasa, 12 Mac 2013

Mangsa Nafsu Buas Bapa Tiri


Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menjadi mangsa nafsu buas ayah tirinya apabila dirogol dan diliwat beberapa kali sejak Disember lalu.

Insiden itu disedari oleh ibu mangsa pada Sabtu lepas apabila mendapati anak perempuannya sedang menangis di kediaman mereka di rumah pangsa Batu Sembilan, Matang.

Apabila ditanya oleh ibunya, mangsa mendedahkan bahawa dirinya dirogol oleh ayah tiri yang berusia 28 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, hasil pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan terdapat kesan koyakan serta liwat pada kanak-kanak tersebut.

“Suspek yang telah melarikan diri, kini sedang diburu,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan