Rabu, 19 September 2012

Pejabat Penunjuk Perasaan Separuh Bogel Di Paris

Seorang wanita memotong reben menggunakan gergaji di pintu ibu pejabat Femen di Paris semalam

PARIS - Ibu pejabat kumpulan pembela wanita, Femen yang terkenal dengan anggota-anggotanya mendedahkan payu dara dibuka secara rasmi di sini semalam.

Beberapa acara diadakan sempena majlis perasmian itu di sebuah bekas pawagam yang diubah suai menjadi ibu pejabat kumpulan tersebut.

Antara acara itu ialah perarakan anggota-anggota kumpulan tersebut yang berjalan dengan mendedahkan payu dara mereka. Pertandingan menggunakan gergaji rantai dan membaling pai turut diadakan.

Sejumlah anggota kumpulan tersebut hadir pada majlis perasmian itu tanpa memakai baju. Kumpulan tersebut terkenal dengan perjuangan menentang diskriminasi terhadap wanita.

Anggota-anggota kumpulan itu pernah mengadakan tunjuk perasaan dengan mendedahkan payu dara mereka di beberapa buah bandar raya di dunia. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan