Khamis, 20 September 2012

Penjenayah Dipantau 24 Jam

Shafie memberi taklimat berhubung sistem pengawasan CCTV

SIBU: Pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pusat bandar ini telah banyak membantu pihak polis ter-utama dalam mencegah kegiatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata, pemasangan CCTV telah menyebabkan penjenayah menjauhi pusat bandar apa-bila ingin melakukan aktiviti mereka setelah menyedari pergerakan mereka sentiasa diperhatikan.

“Rakaman CCTV ini akan disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk dipantau 24 jam oleh pegawai polis yang bertugas dalam tiga syif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada rombongan dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diketuai Timbalan Datuk Bandarnya, Abang Affandi Abang Annuar ke IPD Sibu, semalam.

Projek pemasangan CCTV ini dilaksanakan bersama oleh Emastech (anak syarikat Kumpulan Pansar) dan Da-nawa. Projek bermula pada tahun 2008 dan setakat ini, sebanyak 54 unit CCTV telah dipasang.

Shafie memberitahu, Sibu sebelum ini dikatakan tidak selamat kerana sering berlaku kes seluk saku, ragut dan jenayah lain.

“Namun, saya gembira ke-rana Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah membuktikan yang mereka serius mem- bantu pihak polis dalam pen-cegahan jenayah,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak termasuk sektor swasta dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan bersama-sama membantu MPS dan polis bagi memperluaskan rangkaian CCTV ini termasuk di kawa-san perumahan.

“Pihak majlis dan polis tidak boleh melakukan semua ini tanpa sokongan dan bantuan semua pihak serta sektor swasta,” jelas Shafie.

Digabungkan dengan inisiatif pencegahan jenayah yang lain di bawah Bidang Ke- berhasilan Utama Negara (NKRA), Shafie percaya sistem terbabit mampu menjadikan bandar Sibu lebih selamat.

Hadir sama ialah Kaunselor Barbara Tan Sri William Mawan, Kaunselor Sufian Ateng, Pemangku Setiausaha John Lee Hok Kong, Jurutera Law Ted Min, Ketua Pegawai Pengkuat Kuasa Shaharum Ibrahim, Pegawai Teknologi Maklumat Tay Guan Huat dan Geoffrey Ramji.

Sementara itu, Abang Affandi ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Pengerusi MPS, Daniel Ngieng Kiong Ann di pejabatnya semalam berkata, beliau dan rombongan MBKS berada di Sibu untuk mengkaji keberkesanan pemasangan CCTV di bandar ini.

“Menerusi lawatan ini, kami berharap dapat mempelajari keberkesanan pemasangan CCTV yang dilakukan supaya dapat mengambil inisiatif serupa di kawasan bidang kuasa MBKS,” jelasnya.

Katanya lagi, MBKS masih belum memasang CCTV selain membina pagar dan lampu di kawasan kerap berlaku kegiatan jenayah.

Dalam ucapan ringkasnya, Ngieng memberitahu, setakat ini MPS telah memasang 54 unit CCTV di bawah bidang kuasa MPS di sekitar bandar Sibu.

“Tidak seperti bandar raya utama Kuala Lumpur dan Johor, kita tidak mempunyai mana-mana kawasan panas dan kebanyakan CCTV yang dipasang di tempat yang difikirkan wajar dan perlu,” ujarnya.

Menurut Ngieng, 54 unit CCTV disifatkan cukup untuk meletakkan bandar Sibu di bawah pengawasan dan polis untuk memantau sebarang unsur tidak diingini yang mungkin mengundang masalah.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Pansar Sarawak atas sumbangan ke-semua 54 unit CCTV yang bertujuan mewujudkan persekitaran bandar Sibu yang lebih selamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan