Khamis, 20 September 2012

Dua Beranak Miliki Motosikal Curi Dipenjara Setahun


MIRI: Dua beranak masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret petang kelmarin setelah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki sebuah motosikal curi.

Bagus Suut, 55, dan Sabarani Bagus dari Lot 947 Lorong Sejahtera 2B, Tudan telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta boleh didenda.

Berdasarkan pertuduhan kes, dua beranak terbabit didapati dengan curang telah memiliki harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Modenas yang menggunakan plat pendaftaran palsu QSL3522L (manakala nombor asal) QMJ4xxx kepunyaan seorang lelaki lain, Tan Chuang Seen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan