Khamis, 20 September 2012

Saksi Penting Kes Bunuh Dicari

Koo Kok Woo

SIBU: Polis Sibu sedang berusaha mengesan seorang lelaki (saksi penting) bagi membantu siasatan polis dalam menyelesaikan satu kes bunuh yang berlaku di Jalan Tiong Hua pada 2009.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Koo Kok Woo, pemegang MyKad bernombor 770306-13-5911 atau nama panggilannya ‘Holo’ berumur 35 tahun dan tinggal di alamat terakhirnya di No. 22D Jalan Ulu Sungai Merah, 51000, Sibu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi penting tersebut dikehendaki menghubungi pegawai [enyiasat kes ASP Tegar Bilong di talian 084- 336144 (Balai Polis Sentral) atau menghubungi balai polis terdekat.

Holo yang dipercayai berada di Miri dikehendaki tampil ke balai polis untuk diambil keterangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan